Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Saturday, May 28, 2011

Puding castard marble

Ambil dpd blog org lain utk simpanan sendiri

Bahan- Bahan :




1 tin susu cair**

2 biji telur**

2 sudu besar tepung kastard **

1 cawan gula**

1 sudu teh esen vanilla**

1/2 paket agar-agar (lebih kurang 175gm)



Cara Membuatnya :



1.Bahan-bahan yang bertanda ** di bancuh dulu sebati

2.Agar-agar di larutkan dengan dua cawan air.

3.Bahan yang sudah dibancuh tadi campurkan dalam larutan agar-agar td. Kena kacau takut nanti telur dalam bancuhan jd scramble egg. Kacau dan masak hingga pekat.

4.Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan bancuhan serbuk koko; 2 sudu besar coco powder + 2 sudu besar air panas. Satu bahagian lagi tak yah.

5.Masukkan dalam acuan berlapis-lapis dengan berhati-hati

Sunday, April 17, 2011

Kelahiran yang dinantikan

Alhamdulillah..aku dah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.0kg pada 9/4/2011 pukul 7.05am di Hospital Sultanah Aminah. Macam tak percaya aku dah ada anak sekarang. Sembilan bulan lebih aku kandung dia, jalan pn tak larat nak bawak perut dan kini dia dah melihat dunia. Suami aku laa orang yang paling happy. Muka excited btol lagi2 bila ramai yang cakap ikut muka dia.

Sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku bersalin normal. Selalunya kita dengar orang cakap sakit gile bila beranak tapi sakit yang macam mana? Secara logiknya, dah namanya nak keluarkan manusia mmg laa sakit. Berdasarkan apa yang aku rasa, waktu yang paling sakit adalah contraction.

Pagi 8/4, aku dah rasa contraction setiap 40 minit dan sakitnya sekejap2. Pernah rasa senggugut waktu period tak? Haa..macam tu laa rasa contraction tapi lebih sakit dpd tu. Waktu magrib 8/4 tu, dah ada tanda darah so aku ajaklaa hubby aku gi hospital. Sampai sana doktor sahkan jalan dah buka 1.5cm. Aku admit dalam wad pada pukul 11pm. Pukul 2am aku dah tak bleh tahan contraction yang datang setiap 6 minit. Aku siap tengok jam nak rekod kekerapan aku sakit. Kali ni contraction datang lebih kerap dan sakitnya lebih lama. Akak sebelah katil aku pn dah menggelisah sakit. Kitorang jalan2 kat dalam nak tahan sakit. Last2 tarak bleh tahan lagi kitorang pun panggil nurse. Kami berdua ke bilik rawatan. Kat sana ada sorang nurse India tu check jalan dan dah buka 5cm. Dia seluk lagi dalam dan pecah air ketuban aku. Rasa macam nak tendang je ganas gile seluk sampai pecah air ketuban aku..hehe marah dalam hati je laa. Tak lama lepas tu datang sorang doktor. Dia pecahkan lagi air ketuban aku. Katanya nak bantu supaya jalan buka lagi cepat. Aku redha je laa.

Lepas tu aku dibawa ke labour room dan dipakaikan alat CTG untuk kesan pergerakan anak dan kekerapan contraction. Aku tanya doktor kat situ berapa lama biasanya nak tunggu sampai jalan buka 10cm. Dia jawab kalo anak sulung biasanya buka 1cm dalam tempoh 1 jam. Mak ai...maksudnya aku kena tunggu 5 jam sampai jalan buka 10cm. Kali ni sakit contraction lagi teruk macam nak putus pinggang dibuatnya. Tak tahan punya pasal aku menangis. Doktor buat bodoh je. Dah biasa agaknya. "Bersalin mmg sakit dik, baca doa nabi Yunos", doktor tu cakap kat aku. Yang kelakarnya aku bleh ckp, "Lepas ni saya taknak bersalin normal lagi, nak c-zer"..hahaha..itu spontan ye. Tengah sakit mmg cakap merepek2.

Tak lama lepas tu laki aku masuk. Terkejut aku. Setahu aku kat HSA suami tak dibenarkan masuk LR sebab pernah ada kes suami tumbuk doktor sampai pengsan. Ni bleh plak laki aku masuk. Dia dah masuk apa lagi aku genggam dia kuat2. Dia cuba pujuk aku tapi tak jalan. Sakit laa ayg..Kalo laa bleh transfer sakit ni kat dia mmg dah lama buat. Doktor bagitau aku jalan dah buka 9cm. Sikit je lagi dah bleh beranak. Tapi aku mmg dah tak tahan sangat dah. Rasa macam nak terberak pn ada. Aku jerit panggil doktor bagitau tak tahan nak berak..hahaha. Kemudian datang 3 orang doktor. Diorang kangkangkan aku lepas tu ada sorang tu cakap "ok, berakkan".."Push..push..dah nampak rambut dah tu"..Lepas 5 kali teran dan digunting, keluarlaa anak aku tergolek jatuh kat katil LR. Lega btol rasa masa ni. Doktor letakkan baby atas aku. Sempat la tengok bentuk bibir and kening. Macam laki aku je. Rambut punya laa lebat, panjang.

Ada 2 perkara tak settle lagi. First, uri aku tertinggal kat dalam. Doktor2 tu tekan berkali2 perut aku nak keluarkan uri dan darah. Second, kena jahit. Aduh..yg ini pun seksaan jugak. Tapi ok lagi dpd contraction. Keadaan aku lemah sangat masa ni. Masa ditolak keluar dpd LR, nampak laki aku ikut skali. Sempat laa dia tengok anak dia kat wad sebelum dihalau mak guard. Aku pangku baby. Dia buka mata pandang aku. Dalam hati aku, ini rupanya anak yang aku kandung. Comel jugak..hehe..Mak ai, rambut dia lebat btol. Patutlaa masa pregnant slalu sgt rasa geli2 rupanya sebab rambutnya yang lebat.

Dua hari aku kat wad baru dibenarkan balik. Sebelum balik kena seluk lagi nak check ada darah beku ke tak. Ada sorang akak tu kena jahit lagi sebab kurang satu stitch. Syukur sangat aku tak kena. Dah fobia sangat ni sampai termimpi2.

Baby aku bagi nama Nurul Fatin. Berkenan dengan nama tu. Abah dia nak bagi nama lain mmg aku tak bagi. Baby girl biar aku yg bagi nama. Alhamdulillah Fatin tak kena demam kuning. Cuma susah btol nak ajar dia breast feed. Aku kena pam dulu baru bagi dia. Semoga Fatin membesar sebagai anak yang solehah dan jadi kebanggaan mak n abah.

Thursday, April 7, 2011

Due date

Hari ni tarikh due aku untuk bersalin tapi belum ada sebarang tanda..baby pn mcm best je dok dlm perut..ingatkan mlm tadi pecah air ketuban ke..but nothing happen..haha..hubby pn slalu terjaga mlm takut aku ni sakit nak beranak..petang ni ada checkup kat utm..tgk laa nt dr kata apa..kalo dia ckp admit masuk hospital so aku ikut je laa..Nampaknya kalo dah smp tarikh due kena beranak kat Hospital Sultanah Aminah laa..ingatkan nak deliver kat Kulai..BTW, dalam tgh sarat2 aku sempat gak jln2 merata tempat dgn hubby..w'pun perut berat & jadi tumpuan org sbb saiznya yg besar, aku tak kira mesti ronde2 jugak..

@Puteri Harbour, Nusajaya

Aku sendiri pn takut tgk saiznya..tak sabar nak kuruskan badan lps bersalin
Cantik tempatnya, bangunannya ala2 Putrajaya gitu..Ramai pengantin datang bergambar kat sini

Monday, April 4, 2011

Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.


Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.


Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Tuesday, March 22, 2011

Nursing wear

Salam..kepada sesiapa yang terbaca blog ini..saya sedang mencari muslimah nursing wear..ada certain blog malas nak balas msg..taknak bisnes agaknya..so any suggestion from u all?

Monday, January 24, 2011

Aging

Do you expect to find a few more wrinkles and gray hairs each time you look in the mirror? These are just some of the changes you're likely to notice as you get older. You're not necessarily at the mercy of Mother Nature, however. Here's a list of common aging-related changes — and what you can do to promote good health at any age.


Your cardiovascular system

What's happening. Over time, your heart muscle becomes less efficient — working harder to pump the same amount of blood through your body. In addition, your blood vessels lose some of their elasticity and hardened fatty deposits may form on the inner walls of your arteries (atherosclerosis). These changes make your arteries stiffer, causing your heart to work even harder to pump blood through them. This can lead to high blood pressure (hypertension) and other cardiovascular problems.

What you can do about it. To promote heart health, include physical activity in your daily routine. Try walking, swimming or other physical activities. Eat a healthy diet, including plenty of fruits, vegetables and whole grains. If you smoke, ask your doctor to help you quit. Your risk of heart disease will begin to fall almost immediately.

Your bones, joints and muscles

What's happening. With age, bones tend to shrink in size and density — which weakens them and makes them more susceptible to fracture. You might even become a bit shorter. Muscles generally lose strength and flexibility, and you may become less coordinated or have trouble balancing.

What you can do about it. Include plenty of calcium and vitamin D in your diet. Build bone density with weight-bearing activities, such as walking. Consider strength training at least twice a week, too. By stressing your bones, strength training increases bone density and reduces the risk of osteoporosis. Building muscle also protects your joints from injury and helps you maintain flexibility and balance.

Your digestive system

What's happening. Constipation is more common in older adults. Many factors can contribute to constipation, including a low-fiber diet, not drinking enough fluids and lack of exercise. Various medications, including diuretics and iron supplements, may contribute to constipation. Certain medical conditions, including diabetes and irritable bowel syndrome, may increase the risk of constipation as well.

What you can do about it. To prevent constipation, drink water and other fluids and eat a healthy diet — including plenty of fruits, vegetables and whole grains. Include physical activity in your daily routine. Don't ignore the urge to have a bowel movement. If you're taking medications that may contribute to constipation, ask your doctor about alternatives.

Saturday, January 22, 2011

Amalan dalam pantang

Senarai amalan berpantang

1. Jangan banyak minum, cuma tiga teguk sekali minum dan hanyalah air panas. Terlalu banyak minum air menyebabkan peranakan lambat bercantum rapat.

2. Jikalau makan nasi, ambillah sekepal yang masih panas.

3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam, jamu bersalin; dan asah, tumbuk atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani bagus untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang.

4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.

5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nanas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu, dan nasi sejuk kerana ia menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan Vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.

6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur, dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.

7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit, dan ikan yang boleh menghangat dan memberi tenaga.


Amalan Dalam Hari

1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.

2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri dan kanan.

3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.

4. Jangan abaikan pemakaian coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.

5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.

6. Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.

7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.

8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.

9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.

10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.

11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.

12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.
Related Posts with Thumbnails