Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Saturday, January 1, 2011

Adab suami ketika isteri hamil

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam  terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa  berikut,
            "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" 

6. Suami hedaklah kerap mengerjakan solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

p/s: Mmg btol laa org pregnant ni sensitif..aku dh mengalaminya..sendiri pn heran apsal laa aku nak nangis2 ni..laki aku bukannya buat salah besar pn..lagi satu, orang mengandung ni perlukan lebih perhatian dpd suami..perasaan mcm ni muncul pada aku sejak mengandung 6 bulan..mcm2 perasaan ni sampaikan laki aku tak senang duduk kat kg..mlm tu jugak dia blk jb dpd kluang lps dengar aku nangis2..sori ye ayg..semua ni sbb perubahan hormon..sendiri pn tak bleh nk control..laki aku plak risau takut anak yg lahir tu nt kememeh..well, apa leh buat..u sebagai suami kena pandai2 laa jaga emosi isteri..bukannya best pn nangis2 ni..btol tak mereka2 yg mengandung di luar sana? ok, nk sambung study. Bye!

Resipi senang

Hari ni laki aku request nak mkn ikan masak singgang..dah lama sgt tak masak lauk ni dan dah terdelete dpd memory pn..biasalaa kalo dah duduk dgn mak, mak yg masak..kita ni plak disuruh tumpu kat study so paham2 je laa mmg tak ingat..mak aku plak kat kl jenguk adik aku bersalin..so apa lagi aku pn calling2 laa mak aku tanya resipi..dah dengar tu baru tau senang je..main rebus2..lauk ni sesuai utk org diet..ini dia resipi ikan masak singgang mak aku..

Ikan masak singgang
Sebiji bawang besar
Seinci kunyit hidup (pakai kunyit serbuk tak sedap)
Sebiji lada masak
Tiga biji cili padi (kalo nak pedas)
--> Blender semua diatas. Masuk dalam periuk dan rebus. Masukkan ikan (tak kisah laa ikan apa) yg dah dipotong 2. Kemudian letakkan asam keping dan garam secukup rasa.

Selesai je mkn tengahari, laki aku jenguk kat laptop..alamak, terkantoi..dia gelak sakan sbb muncul page ikan masak singgang yg aku search kat google tadi..haha..lantak laa yg penting aku blaja jugak kn dan tunaikan hajat dia nk mkn lauk tu... :)

Wednesday, December 29, 2010

Panduan apabila suami isteri bertengkar

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif . Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 
Related Posts with Thumbnails