Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Thursday, May 6, 2010

Cara beli harta lelong

  • Rumah atau hartanah yang dilelong biasanya lebih murah berbanding harga pasaran semasa (40% lebih murah) tetapi mungkin keadaan bangunan terbabit tidak begitu sempurna dan banyak kerosakan kerana lama dibiarkan kosong.
  • Membeli rumah lelong boleh mengelak risiko menjadi mangsa projek terbengkalai kerana hartanah itu sudah siap dibina, lengkap dengan dokumen serta kemudahan di sekitarnya tetapi pembeli perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi membaiki kerosakan.
  • Bank yang membiayai pinjaman rumah berkenaan juga biasanya menyediakan kemudahan pinjaman kepada bakal pembeli baru dan mungkin ada yang menawarkan pakej menarik.
  • Selain harga, bakal pembeli perlu menilai lokasi hartanah terbabit, jenis pegangan tanah, bayaran tunggakan yang mungkin ada seperti cukai pintu dan cukai tanah serta kenapa rumah berkenaan dilelong dan jika perlu, dapatkan nasihat peguam mengenai keperluan yang perlu ada bagi membeli hartanah lelong bagi memudahkan urusan.
  • Bagi mereka yang ingin membeli rumah kedua, rumah lelong adalah yang paling sesuai kerana ia dijual dengan harga berpatutan.

Tatacara membeli rumah lelong:
  1. Sebelum membeli harta berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah terbabit, lawati harta berkenaan dan pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
  2. Berhubung dengan pelelong untuk pengisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.
  3. Selain itu, anda mungkin wajar meninjau sendiri hartanah itu dan mengambil gambar harta berkenaan dan datang ke tempat lelongan pada masa ditetapkan.
  4. Pada hari lelongan, pembida diwajibkan membawa bersama 10% daripada harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek tidak diterima.
  5. Pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan.
  6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.
  7. Jika hartanah itu berstatus Bumiputera, hanya golongan itu boleh menyertai lelongan.
  8. Wakil juga mesti membawa sedikit wang tambahan untuk membayar antara 10% harga perbezaan pembelian dengan 10% harga rizab (kena tambah) dan tandatangan kontrak jualan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails