Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Saturday, May 1, 2010

Diet cara rasulullah

Berikut adalah petua diet Rasulullah SAW yang seringkali dipaparkan di surat khabar tapi masih ramai yang tidak tahu mengenainya. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2…petua ini juga insyaallah dpt mengelakkan dr sakit perut @ keracunan makanan..Macam mana nak tau yang kita tersalah makan??Senang je nak tau..Perut anda berangin dan selalu melepaskan gas2 yang kurang menyenangkan..Berikut adalah petua2nya:
Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN (mengikut kajian saintifik pun, tak elok campurkan makanan darat dan laut sebab kedua2nya mempunyai cas ion yang berbeza)

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buat terlebih dahulu, baru makan nasi.

Jangan tinggalkan makan malam. Sesiapa yang tinggalkan makan malam akan dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. (Tapi untuk petua yang ini, saya rasa makan malam sebelum pukul 7pm untuk mengelakkan kegemukan)

Note: Ada colleague pernah cakap, tak elok campurkan protein dan karbohidrat sbb kedua2nya dicernakan oleh enzim yang berbeza. Efeknya, makanan susah hadam dan perut akan buncit. ??????

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam…

By: feeza

Friday, April 30, 2010

Badan berbau - Petikan dari Berita Harian

Masalah disebabkan bakteria, diet, hormon dan genetik.
MASALAH badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar?

Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.
 
Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan. Ada juga kemungkinan dalam kes-kes yang lebih serius perubahan bau badan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Dari sudut perubatan, kelenjar peluh (apocrine glands) di bawah lengan dan di paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak selalu dirembeskan dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Ia menyebabkan bakteria menyerang sekali gus menghasilkan bau.

Bau tidak menyenangkan bukan berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga. Jika bau busuk itu berlaku di kaki, umumnya ini kerana pemakaian kasut dan stokin yang menyebabkan peluh tersekat. Ini juga memudahkan bakteria memecahkannya kepada bahan-bahan yang menyebabkan bau.

Kaki yang lembap juga berisiko untuk jangkitan fungus yang turut mencetuskan bau kurang selesa. Kerap kali juga bau badan dikaitkan dengan rejim kebersihan individu. Kurang mandi atau pemilihan fabrik pakaian yang salah memerangkap peluh.

Apapun, bau badan umumnya mudah ditangani. Menggunakan sabun antibakteria atau pewangi badan, menggunakan baju daripada kain kapas misalnya, memudahkan penyerapan peluh.

INFO: Tip tangani bau badan
Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:

•Daun sirih - Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.

•Daun Beluntas (Pluchea Indica) - Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.

•Daun Selasih (Ocimun Balisicum) - Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.

•Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) - Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.

•Limau purut - Dibuat ulam atau dilumur pada badan.
 

Thursday, April 29, 2010

Zaman mudaku :)

Tua sgt ke aku ni? hehe..bukan tua laa, matang! Bila dah umur mcm ni skali skala kita pasti akan teringat zaman2 muda dulu especially masa blaja kat universiti..Di universiti laa aku blaja erti hidup sebenar..mcm2 pe'el org aku jmp..dan teringat jugak betapa susahnya blaja di universiti..nak habiskan degree pn sikit punya susah tp skang mcm tak caya plak dah sampai level skang ni..Anyway, aku nak share dgn korang gambar2 sepanjang aku blaja di utm tercinta.

Yg ini sebahagian dpd kwn2 masa degree. Dari kiri: aku, hanim n nanad


dari kiri: aku, kak dee n nanad

 Semua geng ada, dari kiri: nanad, feeza, fadh, mimah, dee, mimi, mooke n aifa

yang ni geng masa master plak,dari kiri: kak ita, feeza, tj, aru, wan, anis n kak nani


tersengih abis..tergelak sebenarnya

ngeh2x :P

gambar terkini: jasmine, rabia n me

Petanda jodoh kita - petikan dari Harian Metro

Jodoh adalah ketentuanNya, tetapi bagaimana hendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita? Dua manusia yang berbeza rasa, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing2 dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut beberapa petanda yang dia adalah jodoh anda:
  • Bersahaja. Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.
  • Senang bersama. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
  • Terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah dilakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah siapa diri anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
  • Sentiasa jujur. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Kejujuran disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.
  • Percaya mempercayai. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.
  • Senang bekerjasama. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal berpanjangan, kita perlu saling bekerjasama. Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing2. Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.
  • Fahami diri, fahami diri pasangan. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kira ketika gembira atau berduka.
  • Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya.
  • Kata hati. Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaannya. Deria batin ini juga membolehkan kita saling mengetahui perasaan masing2. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.


Wednesday, April 28, 2010

Gambar tunang

Kami bertunang pada 18/12/2009..ramai tak tau..kawan2 rapat je yg dimaklumkan..setakat bertunang, tak perlu dihebahkan..tgk laa gambar2 di bawah ni..

 mak uda yg sarungkan cincin..jasa mak uda n pak uda kami akan kenang sampai bila2

 dgn adik2 aku

banyak masalah ni tapi bleh senyum lagi..haha..masalah takkan selesai kalo fikir2 pun..anyway fasa 1 dah lepas, harap fasa 2 takde masalah..aku percaya kalo berniat baik dan walau ada seribu dugaan sekalipun hajat tetap akan ditunaikan oleh Allah SWT

by: feeza

MACHO MOTOR PUNYA PASAL….

hah… apa dia?… hahhahahhahaha..
takde… macam ni ceritanya… hahah walaupun dah lama dah crita ni… tapi aku suka gak nak cerita…
dulu…. masa diploma…masa tu aku tgh semester 2 diploma kat itm… masa tu aku tak dapat stay bilik masa kat kolej… aku dibagi duduk kat dorm.. ramai2 …adalah… lebih kurang 20 org satu dorm… padat siut… macam2 ragam budak aku jumpa aku kenal… so… dipendekkan cerita… masing2 pun kenal dan geng sekamcing lah semuanya…

dalam banyak2 membe satu dorm ni… ada sorang membe…. nama dia Man… tough orangnya ( perut boyot…) hahha…

so… dalam ramai2 20 org kitorang satu dorm… boleh kata suma ada motor… yeah!!!!…. dah ada satu team geng rempit….

tempat biasa pegi makan?… kat seksyen dua… tempat lama…. bukan tempat baru!!!…

so, that, time tengahari… nak pegi makan…. ramai2 naik moto… tapi……hehehhehe sebelum sampai sekyen 2 tmpat makan tghari tu… kitorang akan lalu dulu depan bus stand kat seksyen 2 tu … tempat budak2 perempuan itm tunggu bas… apa lagiii…

prengg……prenggg!!!!!… masing2 garang memerah trottle motor… hahhahah… tunjuk eksen beb!!!!….. awek ramai tuuuuu….

hahahah si man ni bawak moto bukan main punya laju…. bedezup… beb!!!!… tak kiralahh… badan besar ke hapa ke… kesian moto tu aku tengok….

tapi… sebelum sampai tmpat makan seksyen 2 tu… ada lalu stesen minyak… so… man buat tanda isyarat… pakai tangan… ahhhh!!!!… taulah tu…

nak isi minyak dulu katanya… ok…. ..

kitorang tunggulahhh… layannn…..

tapi spoilt!!!!… masa nak masuk kawasan stesen minyak tu… man terlebih amik corner…. koner baring beb!!! dia buat…. naka nak diikutkan hukum fiziknya… kalau berat man yg "tough" tu… ditambah pulak keadaan moto dia yg cuma kapcai tu… ditamdah lagi dengan kedudukan action "korner baring" yg kurang dari 45 darjah tu… hahahhahahaha……. terbalik man kat depan stesen minyak tu…. pehhh!!!!!!……

malu siutttt!!!!!… ramai tu awek tengok…

dan…. hahhahaha… nak dijadikan ceritanya lagi…. dengan kadar segera!!!!… tanpa menghiraukan keadaan motor kapcai dia yg tertonggeng tu… dengan lantas si Man ni mencapai sesuatu dari bakul moto dia… hah!!!…. kurang asam Man… dia ambik spek mata hitam dia (entah RayBan original ke pun aku tak tau lah… asal bergaya…) Man pakai spek mata tu……

cool!!!… dia senyum sambil bercakap… OK!…ok!…biasa!!!… takde benda..skill!!! abang ok…abang orait…hhahaha. siap lambai tangan lagi kat awek yg ramai2 dok usha.. aduh! man… sukahati ko la man….

so, lepas je habis isi minyak kitorang pun teruslah pegi ke destinasi seterusnya… iaitu untuk makan tghhari…. okey!!!!…. lepak satu meja besar ramai… apa lagi… takde cerita lain laaa… gelak ramai2 pasal Man jatuh motor tadi…

" Hah! nak makan apa, minom apa bang!" , tanya seseorang yg amik order untuk makan…

kasik gua sirap ngan nasik goreng… lu zack!… nak makan apa plak?… haaaa… kasik teh ais ngan nasik ayam… hah ko Man?

haaaa… kasik air laici ngan nasik ayam jugaklah… ( sambil Man mengorder makanan sambil dia angkat tangan)…

eh!!!… Man!… tangan ko tak sakit ker masa jatuh moto tadi???… "hah!…takde… ok jer"; sambil Man menjawab dgn muka tersengih… tapi Man……… apsal tangan ko tu lain macam jer!!!!…. " takde apa2… ok!!..jer";… Man jawab…. then kitorang tanya lagi… tapi apsal…. tangan ko bengkok Man????….

"yeke?…. aku tengok ok jer?…", Man jawab….Then kitorang kata lagi " Bengkok beb!",

korang nak tau????….. lepas jer makan… kitorang hantar Man pi klinik… tangan Man patah!!!!!!….

Moral of the story… " hahhha… Man memang gila… dia pedulik hapa… tangan patah ker… ahhh!!! asalkan macho", … gua respect lu Man… gua respect Lu….. hahahhahahahahhaha



by: Zool

Shopping secara online

Hari isnin lepas aku ada beli tudung kat facebook..siap kena berebut woo..ladies2 mmg gila betul dgn tudung dpd Annisa' butik ni..Well, I admit tudungnya mmg cantik dan harganya berpatutan..Susah nak jumpa kat luar..Even Ariani pun mahal gile..tunang aku masam gile muka setiap kali aku masuk ariani..katanya "Awk kena tipu"..haha..I ni pompuan laa..asalkan cantik mesti beli punya..balik pada cite tadi, aku beli dua tudung, 1 utk mak aku (yg merah) dan satu lagi utk aku..cuba tgk gambar di bawah..cantik tak?



by: feeza

Soalan2 lazim pegawai agama terhadap bakal pengantin

Semalam aku pegi pejabat agama Kulai untuk menghantar borang2 perkahwinan..Berikut adalah soalan2 yg ditanya oleh pegawai agama. Aku yakin ini adalah soalan standard yg akan ditanya kepada bakal pengantin.

1. Mengucap 2 kalimah syahadah dan ertinya

2. Membaca Al-fatihah

3. Menyatakan Rukun Nikah

4. Membaca doa Qunut

5. Membaca Tahiyat Akhir

6. Tanggungjawab suami/isteri

7. Doa mandi hadas besar

Sesi interview ini akan dijalankan pada masa yang sama dengan penghantaran borang. Pemilihan kadi pun dibuat waktu ini. Kepada bakal pengantin, bersedialah dengan soalan2 diatas. Sekian sahaja setakat ini.

Tips-tips pengurusan wang yang berkesan

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara pengurusan wang yang berkesan. Cara ini telah saya praktikkan sejak mula bekerja dan saya rasa ianya amat berkesan. Sesiapa sahaja tidak kira yang berpendapatan tinggi ataupun rendah perlu ada pengetahuan tentang "financial planning". Walaupun gaji anda RM10k sebulan, anda juga boleh brankrup woo kalau tidak tahu hendak uruskan wang. Ok, berikut adalah cara yang telah saya praktikkan dan sebahagiannya telah saya pelajari melalui buku Azizi Ali dan rakan-rakan.

1. Sediakan buku kira2
- Sediakan buku yang sederhana besar (buku 555 tu terlalu kecil) dan catitkan segala item yang tertera pada slip gaji anda iaitu jumlah pendapatan dan potongan2 yang telah dibuat. Setiap kali ada perbelanjaan luar jangka, sila catitkan dalam buku tersebut untuk rujukan akan datang. Catitkan juga jumlah bil2 yang telah dibayar. Lakukan langkah ini setiap kali dapat gaji bulanan.

2. Online banking
- Dapatkan no.pin di mesin ATM supaya anda boleh buat online banking. Jimatkan masa anda membayar segala bil2 dengan hanya duduk di depan PC sahaja. Buat apa bazirkan masa dengan beratur. Betul tak?

3. Buat potongan Tabung Haji
- Anda semua akan menunaikan haji suatu hari nanti kan? Jadi, buatlah langkah2 bijak dengan memotong gaji anda sekurang2nya RM100 sebulan secara automatik.

4. ASB
- Sebagai langkah yang bijak dan juga menggunakan sebaik2nya kelebihan sebagai bumiputera, simpanlah wang anda dalam ASB. Dapat simpan RM100 sebulan pun ok laa..akhir tahun boleh dapat at least 7% untung..kalau nak buat pinjaman ASB pun ok juga untuk yang kurang berdisiplin dalam penyimpanan wang. Saya tak buat pinjaman ASB sebab saya rasa macam kayakan bank je dan untung sikit :P

5. Insurans perubatan
- Insurans perubatan ini sangat penting utk setiap org..Kenapa? Sebab kita tak tau apa bakal berlaku kepada kita pada masa akan datang..Mungkin terkena penyakit merbahaya yang perlukan pembedahan dan sekiranya ia berlaku, di mana nak cari duit dgn jumlah yang banyak? Sekarang saya menggunakan prudential takaful yang juga sebagai platform utk menyimpan duit. Pakej yang saya ambil berharga RM150 dan sebaik2nya gunakan kad kredit utk membayar premium setiap bulan. Kenapa? Sebab kalau guna kad kredit kita boleh dapat point dan boleh redeem barang yang kita suka. At least dapat jugak something kan?

6. Sediakan akaun kedua
- Sekiranya gaji anda masuk akaun cimb, sebaik2nya adakan lagi satu akaun simpanan sebagai contohnya Maybank. Akaun alternatif ini perlu digunakan untuk simpan baki gaji setiap bulan dan utk digunakan pada waktu kecemasan. Duit yang disimpan dalam ASB dan Tabung Haji susah nak dikeluarkan kn? Jadi di sinilah gunanya akaun alternatif.

7. Bayar hutang dulu
- Setiap kali dapat gaji, pastikan hutang2 dibayar dulu termasuklah hutang PTPTN dan hutang kad kredit. Kenapa? Sebab kali anda skip bayar hutang2, bunga akan bertambah dan sekali lagi "Kenapa perlu kayakan pihak bank?" So, langsaikanlah dulu hutang2 yang ada. Walaupun hutang kredit kad sebanyak RM2k dalam bulan tersebut, bayar je laa..sape suruh buat hutang banyak2 kan? Setelah membayar hutang2 yang ada, bakinya terserahlah kepada anda untuk buat apa.



Sekian sahaja setakat ini. Renung2kan dan selamat beramal :P

by: feeza
Related Posts with Thumbnails