Description about Mazda2 - Harian Metro
Mazda2 dilancarkan baru-baru ini yang dibawa masuk pemegang francaisnya, Prima Merdu Sdn Bhd/Bermaz. Kenderaan yang sporty ini mendapat pengiktirafan Anugerah Kereta Tahunan 2008 itu dan mendapati anugerah berkenaan bersesuaian dengannya.
Mereka yang berkeluarga dan ingin pulang ke kampung, kini tidak perlu risau untuk membawa barang banyak kerana ruang but belakang cukup besar dengan kapasiti 450 liter.
Mazda2 turut dipadankan rangka keluli yang kuat serta ringan, memberi kelebihan terhadapnya bagi meningkatkan prestasi sebuah kenderaan.
Lebih menonjolkan lagi, apabila Mazda sedan R-Spec dilengkapi rim bersaiz 16 inci dengan corak terbaru yang membuat kenderaan itu kelihatan sporty.
Jika dibuka bonet hadapan, Mazda2 dipadankan MZR 1.5 enjin empat silinder DOHC dengan 16 injap dan turut dilengkapi pengatur masa jujukan injap (SVT).
Enjin itu memberi 76 KW kuasa pada 6,000 rpm dan tork maksimum iaitu 135Nm pada 4,000 rpm.
Selain itu, ia dilengkapi stereng pelbagai fungsi dengan dibantu kuasa elektrik (EPAS).
Mazda2 sedan R-Spec ditawarkan pada harga dari RM82,937.50 atas jalan termasuk insurans.
SPESIFIKASI
ENJIN: MZR 1.5 Jujukan 4 Silinder DOHC 16 Injap
KUASA MAKSIMUM: 76 KW pada 6,000rpm
TORK MAKSIMUM: 132Nm pada 4,000rpm
TRANSMISI: Automatik empat kelajuan
CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS, beg udara
HARGA: RM82,937.50 dengan insurans
Tayar yang dicadangkan: SP SPORT 2050 195/45 R16 80W FR
No comments:
Post a Comment