Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Wednesday, December 29, 2010

Panduan apabila suami isteri bertengkar

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif . Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails