Ads reminder

Want to know about the ads?? Click on the ads banner whenever it appears



Slide show

Wednesday, April 28, 2010

Tips-tips pengurusan wang yang berkesan

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara pengurusan wang yang berkesan. Cara ini telah saya praktikkan sejak mula bekerja dan saya rasa ianya amat berkesan. Sesiapa sahaja tidak kira yang berpendapatan tinggi ataupun rendah perlu ada pengetahuan tentang "financial planning". Walaupun gaji anda RM10k sebulan, anda juga boleh brankrup woo kalau tidak tahu hendak uruskan wang. Ok, berikut adalah cara yang telah saya praktikkan dan sebahagiannya telah saya pelajari melalui buku Azizi Ali dan rakan-rakan.

1. Sediakan buku kira2
- Sediakan buku yang sederhana besar (buku 555 tu terlalu kecil) dan catitkan segala item yang tertera pada slip gaji anda iaitu jumlah pendapatan dan potongan2 yang telah dibuat. Setiap kali ada perbelanjaan luar jangka, sila catitkan dalam buku tersebut untuk rujukan akan datang. Catitkan juga jumlah bil2 yang telah dibayar. Lakukan langkah ini setiap kali dapat gaji bulanan.

2. Online banking
- Dapatkan no.pin di mesin ATM supaya anda boleh buat online banking. Jimatkan masa anda membayar segala bil2 dengan hanya duduk di depan PC sahaja. Buat apa bazirkan masa dengan beratur. Betul tak?

3. Buat potongan Tabung Haji
- Anda semua akan menunaikan haji suatu hari nanti kan? Jadi, buatlah langkah2 bijak dengan memotong gaji anda sekurang2nya RM100 sebulan secara automatik.

4. ASB
- Sebagai langkah yang bijak dan juga menggunakan sebaik2nya kelebihan sebagai bumiputera, simpanlah wang anda dalam ASB. Dapat simpan RM100 sebulan pun ok laa..akhir tahun boleh dapat at least 7% untung..kalau nak buat pinjaman ASB pun ok juga untuk yang kurang berdisiplin dalam penyimpanan wang. Saya tak buat pinjaman ASB sebab saya rasa macam kayakan bank je dan untung sikit :P

5. Insurans perubatan
- Insurans perubatan ini sangat penting utk setiap org..Kenapa? Sebab kita tak tau apa bakal berlaku kepada kita pada masa akan datang..Mungkin terkena penyakit merbahaya yang perlukan pembedahan dan sekiranya ia berlaku, di mana nak cari duit dgn jumlah yang banyak? Sekarang saya menggunakan prudential takaful yang juga sebagai platform utk menyimpan duit. Pakej yang saya ambil berharga RM150 dan sebaik2nya gunakan kad kredit utk membayar premium setiap bulan. Kenapa? Sebab kalau guna kad kredit kita boleh dapat point dan boleh redeem barang yang kita suka. At least dapat jugak something kan?

6. Sediakan akaun kedua
- Sekiranya gaji anda masuk akaun cimb, sebaik2nya adakan lagi satu akaun simpanan sebagai contohnya Maybank. Akaun alternatif ini perlu digunakan untuk simpan baki gaji setiap bulan dan utk digunakan pada waktu kecemasan. Duit yang disimpan dalam ASB dan Tabung Haji susah nak dikeluarkan kn? Jadi di sinilah gunanya akaun alternatif.

7. Bayar hutang dulu
- Setiap kali dapat gaji, pastikan hutang2 dibayar dulu termasuklah hutang PTPTN dan hutang kad kredit. Kenapa? Sebab kali anda skip bayar hutang2, bunga akan bertambah dan sekali lagi "Kenapa perlu kayakan pihak bank?" So, langsaikanlah dulu hutang2 yang ada. Walaupun hutang kredit kad sebanyak RM2k dalam bulan tersebut, bayar je laa..sape suruh buat hutang banyak2 kan? Setelah membayar hutang2 yang ada, bakinya terserahlah kepada anda untuk buat apa.



Sekian sahaja setakat ini. Renung2kan dan selamat beramal :P

by: feeza

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails